Tuesday, August 28, 2012

Bersama kita amalkan. semoga kehidupan kita terus lebih bermakna

Read more...

Saturday, October 15, 2011

10 Gangguan ketika solat...

Assalamualaikum semua,setiap kali kita melakukan ibadah pasti kita akan berasa terganggu dan tidak khusyuk walaupun kita cuba untuk khusyuk kerana syaitan itu tetap mencuba untuk mengganggu kita solat dengan apa cara sekalipun. Antara gangguan ketika melakukan solat adalah:


1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.
Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.
“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.
Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.
Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.
Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.
Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.
“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).
Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.


p/s:Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Read more...

Wednesday, September 7, 2011

20 Cara Untuk Jadikan Roomate Anda Gila..haha...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.




14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

Read more...

Wednesday, October 13, 2010

Koleksi Soalan Trial Sains SPM Negeri-negeri 2010

1 Trial Johor
- paper 1
- paper 2
- Skema 1
- skema 2

2 trial Kedah
- paper 1, 2 and skema

3 trial Kelantan
- paper 1
- paper 2

4 trial Perak
- paper 1
- paper 2
- skema

5 trial pahang
- paper 1
- paper 2
- Skema

6 trial Terengganu
- paper 1
- paper 2

7 Trial Negeri Sembilan
- paper 1, 2
- Skema

selepas dua tahun mengajar sains SPM, aku dah mula menyukainya...i love science SPM...

Read more...

Thursday, September 23, 2010

Soalan Percubaan SPM 2010

Soalan Negeri-Negeri lain

Read more...

Saturday, July 10, 2010

Kanser Hati....

KANSER hati kurang popular berbanding kanser jenis lain walaupun tersenarai dalam 10 kanser utama di negara kita. Memang jumlah pesakit kanser hati tidak terlalu ramai iaitu sekitar 1,000 orang, tetapi ia antara kanser yang sukar dirawat kerana kebanyakan kes lewat dikesan akibat ketiadaan gejala penyakit.


Virus Hepatitis B

Meskipun kanser hati berlaku di seluruh dunia, yang membimbangkan ialah lebih 50 peratus kes membabitkan penduduk Asia dan lebih 70 peratus kes baru dilaporkan setiap tahun datangnya daripada negara Asia, termasuk negara kita.

Hati adalah organ penting dalam sistem hepatobiliari yang merangkumi pundi hempedu dan duktus hempedu. Ia organ kedua terbesar dalam badan yang kaya dengan darah, berbentuk baji, terletak betul-betul di bawah tulang rusuk kanan, di bawah paru-paru. Hati kita berbentuk seperti baji atau piramid dan terbahagi kepada dua bahagian — kiri dan kanan.


Tidak seperti organ lain, hati menerima bekalan darah daripada dua sumber iaitu arteri hepatik (membekalkan darah beroksigen) dan portal vena yang membawa darah mengandungi nutrien daripada usus kecil ke hati.

Fungsi utama hati ialah menapis dan memproses darah daripada bahan toksik, menghasilkan cecair hempedu (bagi membantu pencernaan lemak); membantu sintesis protein darah, glukos dan kolesterol; membantu proses metabolisme (ubat, vitamin, alkohol, hemoglobin); sebagai stor penyimpan (untuk vitamin larut lemak, zat besi dan glikogen); ejen penyingkiran (menyingkirkan sel darah merah yang mati dan bahan sisa metabolisme) dan meningkatkan daya ketahanan badan.

Kajian dijalankan Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (Globocan) pada 2002 menganggarkan 626,000 kes kanser hati di seluruh dunia setiap tahun dan dijangka terus meningkat.
Oleh kerana kebanyakan kes dikesan lewat, tidak hairan jika kes kematian akibat kanser hati sangat tinggi, terutama di Asia seperti China (anggaran 322,000 kematian daripada 346,000 kes) Jepun (36,000 kes), Taiwan (7,000 kes) dan Korea Selatan (5,000) kes berbanding Eropah (50,000 kes) dan Amerika Syarikat (13,000 kes). (Rujuk Jadual 1)

Kanser hati lebih kerap berlaku pada lelaki (tiga kali ganda berbanding wanita). Berdasarkan kajian Globocan 2008, seramai 416,658 lelaki Asia menghidap kanser hati yang menyebabkan 376,000 kematian.

Di Malaysia, kanser hati adalah kanser kelima utama yang berlaku pada lelaki dengan catatan tertinggi di kalangan orang Cina, diikuti Melayu dan India.

Mengapa banyak kes kanser hati dilaporkan di negara Asia? Ia ada kaitan rapat dengan jangkitan Hepatitis B yang secara perlahan-lahan boleh menyebabkan sirosis hati (kematian sel hati yang akhirnya membentuk parut) dan bertukar menjadi kanser jika tidak mendapat rawatan.

Jangkitan Hepatitis B paling banyak dilaporkan di Asia dan ia dianggap sebagai wabak, terutama di negara Asia Tenggara, Hong Kong dan China.

Menurut Penasihat Perubatan Onkologi, Bayer Schering Pharma, Dr Senthil Sockalingam, jangkitan virus Hepatis B ini menyebabkan jumlah kematian tinggi di kalangan penduduk Asia Pasifik. Sehingga kini dianggarkan 275 juta penduduk di rantau ini menghidap jangkitan hepatitis B kronik.

Kira-kira 90 peratus pesakit dewasa yang dirawat menghidap kanser hati HCC dan kebanyakannya mempunyai masalah sirosis hati iaitu kerosakan sel hati dan kehadiran parut akibat jangkitan virus hepatitis B.

Namun keberkesanan rawatan masih rendah kerana kebanyakan pesakit hanya datang ke hospital apabila penyakit mereka sudah teruk.

Faktor risiko dan gejala
Kanser hati terbahagi kepada dua jenis iaitu primer dan sekunder. Kanser hati primer bermakna kanser bermula di hati. Kanser hati sekunder bermakna sel kanser berasal daripada organ lain dan merebak ke hati.

Bagaimana kanser hati boleh terjadi? Menurut Dr Senthil, banyak faktor boleh menyumbang kepada penyakit ini tetapi penyebab utama ialah jangkitan virus hepatitis B yang kronik sehingga menyebabkan sirosis.

Kebanyakan pesakit berusia 30 tahun ke atas kerana virus hepatitis B mengambil masa lama untuk merosakkan hati dan biasanya kerosakan ini berlaku dengan cepat. Lebih membimbangkan ialah peningkatan jumlah kes yang baru dikesan.

Dalam kebanyakan kes barah hati peringkat awal tidak mempunyai tanda atau gejala. Apabila ada gejala, itu menandakan barah hati sampai ke peringkat serius. Ini sebabnya individu berisiko tinggi disaran menjalani pemeriksaan.

Banyak faktor risiko boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit ini seperti:

Jangkitan hepatitis B kronik (virus hepatitis B sangat mudah berjangkit melalui hubungan seks, pemindahan darah dan kelahiran; 100 kali lebih mudah daripada virus HIV)
Jangkitan hepatitis C dengan kehadiran masalah sirosis hati
Sirosis yang merebak hingga jejaskan fungsi hati
Pengambilan alkohol berlebihan (boleh merangsang kerosakan hati yang sedia ada)
Obesiti
Diabetes
Merokok
Penggunaan steroid dalam tempoh lama
Jangkitan fungus (pendedahan jangka panjang pada aflatoksin iaitu toksin yang dihasilkan fungus)
Minum air mengandungi arsenik (di sesetengah negara)

Pada peringkat awal, kanser hati tidak menunjukkan gejala. Gejala penyakit hanya timbul apabila penyakit sudah teruk (peringkat ketiga dan keempat) iaitu ketika fungsi hati terjejas teruk. Antara gejala dialami pesakit kanser hati ialah:
Penurunan berat badan tanpa sebab
Tiada selera makan berpanjangan
Terasa sangat kenyang walaupun makan sedikit
Ada benjolan keras pada bahagian kanan di bawah tulang rusuk
Sakit sekitar bahu kanan
Kulit menjadi kekuningan, termasuk mata
Abdomen atas (kanan) terasa tidak selesa
Sentiasa berasa lesu dan tidak bermaya
Mual
Semua gejala di atas hanya muncul apabila kanser sampai ke peringkat serius yang menyebabkan kebanyakan pesakit lewat datang ke hospital bagi mendapat rawatan. Sedihnya, pada peringkat ini penyakit sukar dirawat dan dalam kebanyakan kes peluang hidup adalah kurang daripada satu tahun.

Pengesanan dan rawatan
Beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengesan barah hati, antaranya ujian darah AFP iaitu untuk menguji kehadiran protein alfa-feto. Pesakit kanser hati akan mempunyai tahap AFP tinggi.

Kaedah kedua ialah ujian pengimejan hati untuk melihat fungsi hati. Biasanya pesakit kanser hati menunjukkan fungsi hati tidak normal (disebabkan kerosakan sel hati dan parut pada hati).

“Rawatan kanser hati bergantung kepada peringkat barah ketika penyakit dikesan, fungsi hati dan keadaan kesihatan pesakit secara keseluruhan. Biasanya bagi kes kanser hati, peringkat awal pembedahan membabitkan pembuangan sebahagian hati yang diserang barah adalah kaedah terbaik. Malah peluang sembuh juga tinggi.

“Bagaimanapun, secara purata hanya 15 peratus pesakit boleh dibedah kerana kebanyakannya datang apabila penyakit sudah teruk.

“Secara umum rawatan barah mempunyai enam kaedah iaitu untuk peringkat awal membabitkan pembedahan (tanpa penggantian hati), pembedahan membuang seluruh hati diikuti penggantian hati (transplan) atau ablasi radiofrekuensi (pembakaran sel barah menggunakan gelombang radiofrekuensi).

“Bagi peringkat pertengahan; kanser hati dirawat dengan kaedah suntikan ubat kemoterapi pada salur darah yang membawa darah (kemoembolisasi transarteri, TACE). Malangnya, rawatan standard sedia ada tidak berkesan untuk merawat pesakit barah peringkat akhir.

“Sebelum ini pesakit barah hati peringkat akhir tidak mempunyai pilihan rawatan yang berkesan dan ramai mati dalam masa setahun selepas disahkan menghidap penyakit ini dan untuk peringkat lanjutan pula biasanya doktor menyarankan pesakit mencuba ubat makan seperti sorafenib,” katanya.

Ada yang bertanya, mengapa pesakit kanser hati tidak diberi rawatan kemoterapi seperti pesakit kanser lain? Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hepar Kebangsaan, Datuk Dr Nor Shahidah Khairullah berkata, penggunaan kemoterapi akan menambah ketoksikan ubat anti kanser dalam badan. Hati yang sepatutnya bertugas menyingkir bahan toksik daripada badan tidak mampu menjalankan tugas berkenaan dan kemoterapi akan memberi lebih beban kepada hati.

Ini menyebabkan rawatan untuk kes kanser hati, terutama yang teruk, lebih mencabar dan 70 hingga 80 peratus pesakit menunjukkan penerimaan badan yang lemah terhadap rawatan. Faktor lain yang menyebabkan kanser sukar dirawat ialah kerana ia mempunyai beberapa ciri yang sangat unik iaitu:
Boleh memasuki aliran darah yang memudahkannya merebak dan menyebabkan kerosakan pada organ lain
Boleh hidup lama
Mempunyai keupayaan untuk merebak pada sel organ lain (metastasis)
Mempunyai kebolehan untuk menggandakan sel dan terus hidup
Boleh membentuk salur darah baru (tidak normal) untuk mendapat oksigen dan nutrien bagi terus hidup (angiogenesis)

Kadar kejayaan kelangsungan hidup pesakit kanser hati yang rendah berlaku di seluruh dunia. Kajian menunjukkan di kalangan pesakit di Eropah kejayaan kelangsungan hidup selama lima tahun hanya 8.6 peratus, Amerika Syarikat (kurang tujuh peratus) dan kurang 10 peratus bagi pesakit yang tidak sesuai menjalani pembedahan di Asia.

Justeru, pesakit perlu peka dengan perubahan pada diri sendiri dan segera mendapat rawatan sebaik disahkan menghidap kanser hati. Memang rawatan untuk kanser sangat mahal, justeru pesakit perlu bersungguh-sungguh dan berdisiplin ketika mendapatkan rawatan.

Antara ubat yang disaran untuk pesakit kanser hati peringkat teruk ialah sorafenib (ubat makan) yang didapati mampu meningkatkan kelangsungan hidup pesakit sebanyak 44 peratus iaitu daripada enam bulan kepada 10.7 bulan. Ia menghalang penggandaan sel barah dan menghentikan pembentukan salur darah tidak normal. Melalui kaedah ini sel barah akan mati kerana ketiadaan oksigen dan nutrien.

Peningkatan ini mungkin dianggap sangat kecil bagi sesetengah orang tetapi besar maknanya kepada pesakit kanser kerana ia membolehkan mereka menghabiskan lebih banyak masa berkualiti dengan keluarga. Malah dengan rawatan yang semakin baik dan kepatuhan kepada pengambilan ubat, kualiti hidup pesakit juga meningkat.

“Sebelum ini pesakit tiada pilihan rawatan yang berkesan dan ramai meninggal dunia dalam masa setahun selepas penyakit dikesan. Memang rawatan untuk kanser hati sangat mahal dan ini sebabnya kita mengadakan Program Bantuan Pesakit (NexPAP) untuk meringankan beban pesakit. Program ini memberi bantuan ubat selama setahun dengan syarat pesakit mesti mencuba dulu ubat ini (biaya sendiri) untuk dua bulan.

“Syarat berkenaan untuk memastikan pesakit bersungguh-sungguh menjalani rawatan dan mampu menghadapi kesan sampingan ubat yang bersifat sementara dan biasanya hilang dalam tempoh 12 minggu. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami ialah masalah kulit (ruam, gatal dan sakit), cirit-birit, letih lesu dan keguguran rambut,” katanya.

Program ini adalah kerjasama Bayer Schering Pharma dan Yayasan Hepar Malaysia. Pesakit yang ingin menyertai program ini boleh menghubungi talian 03-7842 6101.

Penjagaan kesihatan hati
Amalkan pemakanan seimbang dan sihat
Kerap bersenam
Kurangkan pengambilan minuman beralkohol
Kurangkan makan apabila umur meningkat (kerana hati juga mengalami penuaan, mengehadkan makan boleh mengurangkan beban hati)
Minum banyak air (satu hingga satu liter setengah setiap hari)
Jalani ujian kesihatan secara berkala (untuk jangkitan Hepatitis B dan C). Individu yang dijangkiti virus ini mempunyai risiko 300 kali lebih tinggi mendapat kanser hati
Dapatkan rawatan segera jika anda dijangkiti virus Hepatitis C
Bagi anda yang lahir sebelum 1989, dapatkan suntikan vaksin Hepatitis B (pelalian Hepatitis B dimasukkan dalam Program Vaksin Kebangsaan sejak 1989. Ini bermakna individu yang lahir pada dan selepas 1989 sudah mendapat perlindungan ini
Tangani tekanan dengan baik
Boleh ambil makanan tambahan seperti milk thistle dan dukung anak untuk meningkatkan fungsi hati.

Read more...

Saturday, August 8, 2009

MODUL JPN PERAK

Alhamdulillah kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya suakan lg muka dekat blog ini..tuk pengetahuan korang, JPN perak ada mengeluarkan modul sempena PMR dan SPM yang bakal berlangsung pada oktober n november ni. jadi saya ingin berkongsi modul tersebut dengan korang semua. modul tersebut korang leh muat turun terus dekat ruangan bahan yang boleh di download...modul2 tersebut lengkap dengan skema jawapan, jd korang xpyhlah cari2 jwpan lg. untuk peperiksaan akhir tahun, korang lehla edit2 soalan ini, xla tercari2 soalan lg...untuk kawan2 kt negeri lain, de modul, kongsi2 lah moga batch kita terus cemerlang dan komited dengan kerja yang diamanahka...

Read more...
;

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP